berita

[VIDEO] “Idola dia adalah arwah abangnya…” – Kemalangan Motorsikal, Penunggang Terbang?!

July 12th, 2023 | by Danial
Kini Trending

 

DAMANSARA- Seorang penunggang motorsikal cedera di bahagian kakinya setelah  mengalami kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta di kawasan perumahan Kota Damansara pagi tadi. Penunggang motorsikal yang merupakan seorang lelaki didapati tercampak jauh dari motorsikalnya.

Kejadian ini sempat dirakam lensa OHBULAN! dan mangsa telah dikejarkan ke hospital. Yang menjadi persoalan, bagaimanakah mangsa boleh tercampak jauh seolah-olah terbang. Jom tengok video kejadian.

 

Haaaa! Nasib baiklah arwah abang Ilyas sempat beritahu pada Ilyas tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau!

Apa itu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri? Skim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain, menjadikan 20 sektor kesemuanya di bawah perlindungan skim ini. Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur.
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO:

Haaa tunggu apa lagi? Daftar Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri sekarang, kalau ada perkara tak diingini berlaku nanti, kan senang. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

SKIP THIS AD ×