berita

[VIDEO] Iklan Raya Comel Dari PruBSN Sure Buat Korang Terhibur Dengan Keletah Ramadan

May 31st, 2019 | by Hanis Aliaa
Video Popular

Dah nak raya wei! Korang mesti dah tak sabar nak makan lemang, ketupat dan rendang kan? Tapi satu lagi benda best yang korang nantikan tiap kali nak raya mestilah iklan raya. Sampaikan kita dah ada expectation dan benchmark tersendiri untuk iklan raya.

Haa.. Korang dah tengok iklan raya PruBSN ke belum? Comel wei!! Tu je admin boleh cakap.

Cuteness overload!!

Kalau korang nak tahu watak Ramadan ni dibintangi oleh adik Isaac Iman. Comel dia tu rasa macam nak cubit-cubit je pipinya. Korang kena dengar pelat dia. Lagi geram dibuatnya!

Cute kan?? Berkali-kali jugaklah admin ulang video ni.

Gambaran keikhlasan & melawan hawa nafsu

Waktu kecil dulu pernah tak korang jumpa sampul duit raya then rasa macam nak simpan je. Yelah, sebab korang yang jumpa kan. Ramadan pun alami situasi macam ni. Lagi dramabila ada sisi baik dan jahat cuba nak pengaruhi apa tindakan yang bakal Ramadan ambil.

Video ni at the same time bagi peringatan untuk kita berbuat baik dengan ikhlas dan melawan sisi gelap kita daripada menguasai diri gituuu. Yang penting, setiap perbuatan yang baik bermula dengan hati yang ikhlas.

Selamat hari raya guys!!

The following two tabs change content below.