berita

[VIDEO] Iklan Syampu Fattah Amin Buat Wanita Luruh Jantung, Sampai Nak Peluk Dari Belakang!

February 1st, 2018 | by faris
Kini Trending

Biarpun sudah bergelar suami orang, aura dan kredibiliti Fattah Amin sebagai hero idaman Malaya masih kekal. Popularitinya sebagai pelakon masih diterima ramai walaupun kebiasaannya ‘saham’ seseorang artis akan menurun selepas bertukar status.

Terbaru, video iklan syampu di Instagram mendapat perhatian pengikut wanitanya yang tergoda dengan kekacakan aktor Suri Hati Mr Pilot itu. Majoriti komen diterima mengatakan Fattah kelihatan terlebih kacak dalam video itu.

Video penjagaan rambut tapi…

https://www.instagram.com/p/BelCBytF8Pw/?taken-by=fattahaminz

Video tersebut antara lain menunjukkan Fattah baru bangun dari tidur dan memberi pandangan menggoda sebelum menuju ke bilik mandi. Scene Fattah beberapa kali ‘flip’ rambut juga menjadi antara babak yang buat pengikut tidak tentu hala menonton video itu.

Nak peluk dari belakang

Ketaq lutut rasa ada

Untung Fazura

Perli siapa pulak ni?

Jatuh, lemah, gugur jantung. Semua ada!

Perempuan dalam ni dahsyat noh

Walaupun ramai yang terpegun dengan Fattah, namun ada juga yang berpendapat iklan tersebut tidak fokus kepada tujuan utamanya mempromosikan syampu, tapi seperti mahu menjual muka kacak aktor itu.

Hampir keseluruhan video lebih memfokuskan kepada Fattah sendiri, hanya dalam babak tertentu sahaja produk berkenaan ditampilkan.

Sumber: Fattah Amin

SKIP THIS AD ×