Ketika ini kecoh di laman sosial apabila Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim dakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat jumaat sebentar tadi.
Menurut beberapa saksi kejadian, solat yang sedang di rakaat pertama itu terpaksa diberhentikan akibat tindakan lelaki Arab demikian. Fuhh Imam pun dah tak selamat sekarang.
Rampas mic, tampar imam
Menurut saksi juga, lelaki tersebut turut merampas pembesar suara dan mengatakan sesuatu.
“Dia datang tu terus….”
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat. pic.twitter.com/2M83Vj3vBX
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Lelaki tersebut berjaya ditahan
Video kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut ditahan. pic.twitter.com/ccQCW69Xc0 — Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Orang ramai tak puas hati
Imam masjid negara di rampas mic dan di tampar oleh org asing. Apa nak jadi? pic.twitter.com/S87ihYJSW5
— ad™ (@DoyleAd) September 18, 2015
Solat semula
Update
Hasil pemeriksaan, polis mengesahkan lelaki terbabit merupakan warganegara India dan mengalami masalah mental.