Pelakon dan pengacara, Imran Aqil mendedahkan dirinya didiagnos masalah kulit dikenali sebagai Rosacea yang menyebabkan kulit wajahnya menjadi terlalu sensitif.

Artikel Berkaitan: Imran Aqil Ucap Tahniah, Tumpang Bahagia Radin ‘Official’ Jadi Abang Ipar – ‘Selamat Datang Ke Keluarga Kami’

Masalah kulit Rosacea

Menerusi perkongsian di Threads, Imran, 25, berkata selama ini dia menyangka masalah dialami hanyalah kulit sensitif biasa atau ‘breakout’ ringan sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.

Saya didiagnosis dengan Rosacea. Selama ini saya ingat kulit saya cuma sensitif atau breakout biasa, rupanya skin barrier saya memang terlalu lemah dan mudah triggered dengan panas, matahari, stres, cuaca dan skincare tertentu.

Menurut Imran, tujuan dia berkongsi mengenai keadaan kulitnya itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang mungkin mengalami simptom sama tetapi tidak mengetahui punca sebenar.

Saya kongsi benda ini sebab mungkin ada yang alami benda sama tapi tak tahu pun itu rosacea. Healing takes time, and it’s okay kalau kulit kita tak ‘perfect’ setiap masa.

Dalam satu hantaran video berasingan, Imran turut menjelaskan keadaan tersebut menyebabkan dia kini terpaksa mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas dan cahaya matahari.

Tambahnya lagi, masalah kulit itu bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan, malah turut menyebabkan kesakitan sehingga menjejaskan emosinya.

Sebab itu kalau ramai perasan saya sudah jarang melakukan aktiviti luar yang terdedah dengan matahari dan panas. Saya sudah jarang berlari, training dan sebagainya.

Sejujurnya masalah kulit ini sangat sakit dan saya tidak berapa gembira dengan ujian ini. Namun saya reda, penyakit ini tiada ubat dan saya akan hidup selamanya dengan Rosacea.

Sudah dua tahun saya didiagnosis sebenarnya, cuma ada ketika penyakit ini triggered, ada ketika tidak. Pelbagai jenis produk kulit saya sudah gunakan.

Video

View on Threads

Sumber: Threads