berita

[VIDEO] Indah Hanya Sementara, Detik Gadis Dapat Tahu Pemergian Ibu Di Program Realiti Undang Sebak

January 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Peserta ujibakat pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020, Nurjanah tidak sempat meraikan kemenangan apabila menerima khabar duka mengenai pemergian ibu. Ketika ujibakat sedang berlangsung, dia mendapat panggilan telefon dari bapa saudara memaklumkan berita sedih tersebut.

‘Jannah & keluarga sayang Mama tapi..’

Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, di saat Nurjanah sedang gembira dengan keputusan juri, dia mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital. Bapa saudara menenangkan Nurjanah dengan memberitahu ‘Mama sedang berkumpul sama keluarga, ada di rumah.’

Namun, di saat Nurjanah meminta izin bercakap dengan ibu, bapa saudara terpaksa memberitahu mama sudah pergi menghadap Ilahi akibat sakit jantung. Air mata kesedihan jatuh bercucuran di saat dikhabarkan berita duka tersebut.

Mama juga sempat berpesan supaya Nurjanah harus kuat dan menjadi tulang belakang kepada adik-adiknya. Kata Nurjanah, sebelum dia hadir ujibakat Mama sempat memberi pesanan untuk menjaga adik-adik dengan baik sekiranya cita-cita sudah tercapai.

Mama, Mama bilang sama Janah Mama baik-baik aja. Tetapi kenapa Mama sudah pergi saat Janah sudah tembus tahap yang Mama mahu.

Selain itu, Mama memintanya jangan sesekali lupa kepada keluarga. Mama mahu dirinya fokus pertandingan, tidak perlu fikirkan Mama. Jelas Janah lagi, dia masuk pertandingan ini kerana mahu merawat ibunya yang sedang sakit. Bapanya juga sudah meninggal dunia.

Semoga diampunkan dosanya

https://www.youtube.com/watch?v=cnAT9NUwydU

Sumber : Azim Kamaruzzaman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×