![[VIDEO] Individu Cemas Jumpa Budak Seorang Diri Atas Jalan Raya Pada Waktu Malam, Bila Ditanya…Dia Terus Menangis!](https://media.ohbulan.com/2022/03/budak-3-tahun-lari-tengah-jalan-waktu-malam-scaled.jpg)

Foto: Bangkok Post
Dua individu berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun sedang berjalan sendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu malam. Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Budak berlari tengah jalan waktu malam

Foto: Bangkok Post
Memetik laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut Thailand. Ketika kejadian, dua individu terbabit sedang melalui jalan tersebut dan kebetulan, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap. Difahamkan juga, pada malam itu cuaca hujan.
Menurut individu ini, mereka mengakui agak takut untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap sindiket penipuan. Oleh hal demikian, mereka nekad menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Rupanya tersesat

Foto: Bangkok Post
Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan mereka. Namun mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan yang dipandu. Selepas pasukan penyelamat tiba, barulah mereka ada keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak terbabit. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kanak-kanak itu menangis sambil memberitahu bahawa dia tersesat.
Pasukan penyelamat kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya terbabit. Menurut sumber, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya. Namun tidak sangka, kanak-kanak malang itu tersesat di tengah jalan raya sebelum tiba di rumah neneknya.
Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilang pada kira-kira jam 7 malam.
Video
Sumber: Bangkok Post







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)