berita

[VIDEO] Individu Cemas Jumpa Budak Seorang Diri Atas Jalan Raya Pada Waktu Malam, Bila Ditanya…Dia Terus Menangis!

March 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Bangkok Post

Dua individu berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun sedang berjalan sendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu malam. Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Budak berlari tengah jalan waktu malam

Foto: Bangkok Post

Memetik laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut Thailand. Ketika kejadian, dua individu terbabit sedang melalui jalan tersebut dan kebetulan, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap. Difahamkan juga, pada malam itu cuaca hujan.

Menurut individu ini, mereka mengakui agak takut untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap sindiket penipuan. Oleh hal demikian, mereka nekad menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Rupanya tersesat

Foto: Bangkok Post

Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan mereka. Namun mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan yang dipandu. Selepas pasukan penyelamat tiba, barulah mereka ada keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak terbabit. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kanak-kanak itu menangis sambil memberitahu bahawa dia tersesat.

Pasukan penyelamat kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya terbabit. Menurut sumber, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya. Namun tidak sangka, kanak-kanak malang itu tersesat di tengah jalan raya sebelum tiba di rumah neneknya.

Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilang pada kira-kira jam 7 malam.

Video

Sumber: Bangkok Post

SKIP THIS AD ×