berita

[VIDEO] Individu Dibelasah & Dibakar Geng Perusuh Ketika Perarakan Tunjuk Perasaan

November 12th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang sedia maklum, sejak beberapa bulan yang lepas Hong Kong dikatakan sedang bergelut dengan isu protes demokrasi. Berikutan dengan insiden ini, Hong Kong kini berada dalam keadaan yang kacau bilau sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.

Terbaru, seorang lelaki pertengahan umur cedera parah selepas dia dibakar hidup-hidup oleh kumpulan perusuh di Hong Kong.

Dibakar hidup-hidup

https://www.youtube.com/watch?v=cGjApEtJ40g&has_verified=1&bpctr=1573530894

Menerusi Free Malaysia Today, pihak polis dikatakan sedang menyiasat insiden yang berlaku di atas jambatan jalan kaki di Man On Shan selepas tersebarnya video serangan terhadap lelaki tersebut di media sosial.

Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki yang memakai T-shirt berwarna hijau telah diserang dan dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian dahinya. Kejadian itu berlaku semasa perarakan tunjuk perasaan selepas mangsa menyatakan pendirian politiknya yang berbeza dengan penyerang.

Mangsa kemudian dibantu oleh orang awam disitu sebelum dia sekali lagi diserang dan disimbah dengan cecair mudah terbakar oleh individu bertopeng. Individu tersebut mencurahkan cecair tersebut dibahagian tubuh mangsa sebelum bertindak menyalakan pemetik api dan membakarnya.

Mangsa dalam keadaan kritikal

Api yang semakin marak membuatkan mangsa bergelut seorang diri untuk mencuba memadamkan api tersebut. Walaupun keadaan ngeri itu berlaku di tempat terbuka yang dipenuhi dengan orang awam, namun tidak ada seorang pun yang menghulurkan bantuan membantu mangsa.

Walau bagaimanapun, api tersebut berjaya dipadamkan dan mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Prince of Wales. Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kini berada dalam keadaan kritikal disebabkan tubuh badannya yang melecur teruk.

Sumber: Free Malaysia Today, Youtube

SKIP THIS AD ×