Individu yang merupakan pakar servis motor berkongsi pengalaman membantu seorang penghantar makanan yang menyentuh hati.

Artikel Berkaitan: Anzalna Minta Tolong Netizen Cari Info, Simpati Dengan Abang ‘Rider’ Tukar Lampin Bayi Atas Motosikal

Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Belanja 500 ‘Rider’ Petrol Percuma – ‘Ada Yang Beritahu Saya, Lama Tak Merasa Isi Minyak ‘Full Tank’

Tukar rantai motor

@minyakhitamjalanan_

Cerita ptg semalam, mase tu aku dekat tasik Ikea Damansara, mmg lepas pukol 5ptg aku selalu akan balik rumah dulu amik minyak hitam yang dah jual di tasik Ikea, aku baru je nak jalan ade seorg abg ni call.. Abg: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke rantai saya tersangkut, dekat spoket blkg, boleh ke abg tolong saya.. 🧑🏻‍🔧: w’asalam ye abg, abg bagi location & gambar dekat mana.. Abg food: baik abg, nanti saya bagi location & gambar.. saya pun dah tak tahu nak buat ape ni, ade dua tiga org berti tapi tak blh nak buat.. ” Abg ni bagi location, aku tgok location dekat highway LDP, aku video call dia, sekali jalan sekali aku nak balik rumah” 🧑🏻‍🔧: ok abg tunggu kjap dalam 3 4min saya sampai.. Abg food: baik abg saya tunggu abg tepi jalan ni.. ” Aku sampai² je dia cakap dgn aku” Abg food: rantai tersangkut abg, saya jatuh motor dekat depan tu selamat la takde kerata blkg saya tadi, 🧑🏻‍🔧: alhamdulillah selamat abg takde ape² sgt.. Abg food: abg bukak rantai tu, nanti saya suruh kawan saya datang tolak dekat ruma.. barang saya dah beli tapi takde Mase nak pasang.. ” Dalam hati aku cakap, dia ni tak cukup duit ni, dgn brak pad pun abis langsung, aku Tuka brak pad dia, dalam 2 3min dia call isteri mungkin suruh bank in..sebab tadi dia kata saya baru dua Oder abg, ni pun Oder rm3.50 je, dalam hati aku, takpe mungkin rezeki abg ni, aku pakai la duit infaq sebelum ni ade lagi.. dia btl² memerlukan.. aku dah siap Tuka brek pad dia, abg sekali la Tuka rantai.” ” Aku pun Tukar rantai ape semua, sekali tgok muke dia macam cerita papa Zola plk, aku pun cakap la tak payahlah bayar anggap la rezeki, Ya Allah dia terus menangis 😭, aku pun sekali menangis 😭 Allahu Akbar 😔” “Aku jalankan amanah orang yang sungguh berat bagi aku, ya Allah engkau permudahkan urusan abg ni & terus kuat mencari nafkah amin²🤲🏻” #fyp #alhamdulillah #masukberandafyp

♬ original sound – romiez – romiez

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut memaklumkan dirinya dalam perjalanan pulang namun menerima panggilan ekoran keadaan motor yang rosak.

Menurutnya, individu yang merupakan penghantar makanan itu seakan berdepan kesempitan kewangan sekali gus terdorong untuk memberi servis secara percuma.

Memang lepas pukul 5:00 pm aku akan balik rumah dulu ambil minyak hitam. Aku baru saja nak jalan ada seseorang telefon.

Dia cakap rantai tersangkut di spoket belakang. Aku terus minta lokasi dan segera ke sana.

Sampai tempat kejadian, abang itu minta aku buka rantai saja dan katanya kawan akan datang tolak sampai rumah.

Dalam hati aku, abang ini tak cukup duit. Dengan keadaan brek pad dah habis.

Dalam 2 ke 3 minit, dia telefon isteri mungkin suruh bank in duit.

Berkongsi lebih lanjut, individu tersebut memaklumkan bahawa dia menggunakan baki sumbangan yang diterima daripada orang awam bagi membantu penghantar makanan berkenaan.

Abang ini ada bagitahu aku yang dia baru buat 2 pesanan, dapat dalam RM3.50.

Aku pun tukar rantai apa semua dan beritahu tak payah bayar. Dia terus menangis ya Allah aku pun sekali menangis.

Aku pakai duit infaq sebelum ini, dia betul-betul memerlukan.

Semoga dipermudahkan urusan abang ini dan terus kuat mencari nafkah.

Sumber: TikTok @minyakhitamjalanan