Tindakan usahawan sensasi, Opai yang didakwa memperlekeh sesetengah individu seperti ahli petinju Muay Thai, Jojo Ghazali mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Beli Kasut Harga RM38K, Pakai Hanya 2 Kali – ‘ Itu Adalah Momen Terbahagia Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya – ‘Saya Rasa Perempuan Seperti Itu Tak Wujud’

Sikap melampau

Baru-baru ini, individu dikenali Coach Han tampil menegur Opai secara terbuka berhubung sikapnya yang sering menggunakan nama-nama terkenal sebagai bahan jenaka di media sosial miliknya.

Kata Coach Han, teguran itu dibuat kerana Opai sering mengambil mudah tentang perjuangan orang lain.

Opai, saya faham awak suka mempergunakan orang, memperlekehkan hidup orang yang susah dan awak perlu faham kami bukan bahan jenaka untuk awak.

Nama yang awak perlekehkan itu masing-masing ada perjuangan mereka sendiri dan mereka buat yang terbaik.

Mereka faham kesusahan hidup dan mereka juga faham untuk berjaya dalam hidup mereka perlu berjuang.

Tidak seperti awak yang lahir daripada keluarga yang berada.

Katanya, tindakan yang ditunjukkan akan memakan diri dan apa yang dikatakan akan berbalik kepada diri sendiri.

Tetapi awak tidak gunakan apa yang awak ada sebaliknya jadikan orang lain bahan jenaka.

Suatu hari nanti, apa yang awak buat dekat orang akan terkena dekat diri sendiri dan awak akan dijadikan bahawa ketawa.

Sebelum ini, Opai meraih perhatian orang ramai selepas memperlekehkan perjuangan Jojo dalam mengharumkan nama negara.

Sumber: TikTok