berita

[VIDEO] ‘Ingatkan Bujibu Je Terkejut Bila Daddy Nyanyi’ – Reaksi Spontan Alisa Cuit Hati Netizen

December 4th, 2019 | by Shira
Video Popular

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang sering mendapat perhatian pengguna media sosial. Kecomelan dan telatah kedua-dua orang anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut mencuit hati para peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat anak kecil ini.

Terbaru, Hairul Azreen menerusi laman Instagramnya ada memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang bermain gitar sambil menyanyi. Apa yang lebih melucukan ialah reaksi muka yang ditunjukkan oleh puteri bongsunya, Alisa apabila Hairul mula membuka mulut untuk menyanyi.

Reaksi terkejut Alisa

Menerusi video berdurasi 0:44 saat yang dikongsikan itu, kelihatan Hairul bersama anaknya, Alisa berada di meja makan rumah mereka dimana Hairul sedang bermain gitar sementara Alisa seakan mengelamun di sebelahnya. Kemudian, ketika Hairul baru sahaja membuka mulut untuk mendendangkan lagu, Alisa secara tiba-tiba terkejut.

Video itu walau bagaimanpun mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat spontan yang ditunjukkan Alisa. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut ‘terkejut’ mendengar nyanyian Hairul.

‘Ikhlas betul dia punya terkejut’

Sumber: Hairul Azreen