berita

[VIDEO] Ingatkan Driver Reverse Kereta Perlahan, Rupanya…

June 17th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sangkakan kereta yang sedang mengundur keluar dari tempat letak kereta sedang dipandu seseorang, rupa-rupanya kereta tersebut mengundur dengan sendiri. Begitulah yang terjadi menerusi hasil rakaman video yang dimuat naik di Facebook Reza Faiz yang memaparkan kereta tersebut hampir melanggar kenderaan lain. Mujur dia berada di tempat kejadian dan sempat menahan kereta itu dari terus bergerak.

Nasib baik tak langgar kereta belakang

https://www.facebook.com/rezafaiz/videos/10223122614713678/?d=n

Semasa kejadian, dia sedang menunggang motosikal sebelum berhenti memberi laluan kepada sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang sedang mengundur. Kereta itu dilihat mengundur secara perlahan namun tidak berhenti sehingga hampir melanggar kenderaan lain yang berada di belakangnya. Tindakan pantasnya yang turun dari motosikal dan menahan kereta tersebut dipuji netizen. Lebih mengejutkan, kenderaan itu mengundur secara sendiri. Selepas itu, seorang wanita yang dipercayai merupakan pemilik kereta tersebut tiba dan pelik bagaimana kejadian itu berlaku.

Tergelak bila owner sama-sama tolak kereta

Rata-rata netizen terhibur dengan rakaman video tersebut kerana ianya jarang-jarang berlaku. Mereka turut memuji tindakan pantas lelaki ini yang menyelamatkan keadaan sebelum ianya berlaku kemalangan kecil bersama kenderaan lain.

Sumber: Reza Faiz

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×