
Kalau sekali pandang, mesti korang ingat lelaki ni tengah bergaduh dengan rakan sekerja. Mana taknya, marah-marah kat tengah ladang sawit sampai semua orang terkejut!
Tapi bila tahu punca sebenar, terus rasa sebak sebab rupanya ada mesej besar di sebalik babak ni…
Pekerja Ladang, Wira Tak Didendang
Apa yang nampak macam ‘drama panas’, sebenarnya adalah sebahagian daripada kisah menyentuh hati dalam filem pendek terbaru FGV Holdings Berhad (FGV) berjudul “Warkah Dari Ladang”.
Karya ini jadi penghormatan kepada mereka yang berbakti di ladang, golongan yang ramai ingat kerja mereka senang dianggap ‘biasa-biasa’ saja, tapi hakikatnya kerjaya ini menuntut ketabahan, tenaga dan semangat yang tinggi. Jarang disebut tetapi tanpa keringat mereka, hasil bumi negara takkan sampai ke dapur kita hari-hari. Dari minyak masak sampai industri makanan, semuanya bermula dari keringat mereka di ladang.
Lebih Dari Sekadar Kisah Ladang
Filem ini menyingkap sebuah perjalanan penuh emosi, mengangkat maruah kerja yang dilakukan dengan ikhlas, serta meniupkan semangat Merdeka yang hidup pada setiap pelepah sawit dan hasil tuaian.

Antara yang paling menyentuh hati ialah mesej bahawa membina negara bukan hanya tentang pencapaian besar, tapi juga tentang ketabahan mereka yang setiap hari memastikan bekalan makanan negara terjamin, menggerakkan industri dan memacu masa depan yang lestari.
Perpaduan & Kebanggaan Rakyat Malaysia
“Warkah Dari Ladang” juga memaparkan kepelbagaian masyarakat Malaysia, bagaimana individu dari latar belakang berbeza bersatu untuk tujuan sama: membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga dan negara.

Kisah ni jadi lebih special sebab ia mencerminkan semangat rakyat yang penuh dengan ketekunan, harapan dan perpaduan yang dah lama jadi nadi Malaysia dari dulu sampai sekarang.
Melalui filem pendek ini, ia bukti FGV terus komited untuk melangkah bersama peneroka FELDA dalam membina masa depan yang lestari, melangkah seiring dengan pembangunan negara serta terus memberi makna buat generasi akan datang.
Kalau korang nak rasa sendiri jalan cerita penuh emosi ni, boleh tonton “Warkah Dari Ladang” di semua platform rasmi FGV termasuk Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, YouTube dan laman sesawang www.fgvholdings.com.








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)