berita

[VIDEO] ‘Ini Bukan Playboy Tapi Pencinta Wanita’ – Telatah Comel Kanak-Kanak The Return Of Superman!

April 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Rancangan realiti popular dari negara Korea iaitu The Return of Superman yang disiarkan di saluran KBS semakin mendapat perhatian ramai. Gelagat dan telatah spontan kanak-kanak dalam rancangan ini sememangnya mencuit hati setiap penonton.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Nabilla ada memuat naik satu video yang memaparkan gelagat 3 orang anak kecil yang sedang berbual mengenai ‘percintaan’. Kelakar!

Bijak lah budak ni

Menerusi video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama William Tae-oh Hammington (berbaju putih) bertanya kepada rakannya, Kang Hoon (berbaju merah) samada dia memiliki teman wanita ataupun tidak. Menjawab kepada soalan itu, Kang Hoon mengakui bahawa dia tidak mempunyai teman istimewa tetapi lain pula yang jadinya apabila William dengan spontannya memberitahu rakannya itu yang dia kini memiliki 3 orang teman wanita iaitu Ji Na, Ha Yul dan Sa Bin.

Terkejut dengan jawapan tersebut, Kang Hoon menjelaskan kepada William bahawa dia tidak sepatutnya mempunyai ramai teman wanita kerana kelak ketika dia sudah dewasa nanti perbuatannya itu tidak akan disukai ramai orang. Menceritakan kisah itu, Kang Hoon berkata setiap pasangan yang bercinta akan memiliki ‘couple ring’ dan cincin tersebut perlu dipakai oleh mereka. Apa yang lebih mencuit hati apabila William dengan selambanya mempersoalkan mengapa hanya satu cincin sahaja perlu dipakai sedangkan setiap manusia mempunyai lima jari pada setiap tangan.

Cuba nak jadi pelawak

Comel lah William

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel ini. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan mereka ini merupakan kanak-kanak yang sangat bijak dan kelakar.

Sumber: Nabilla

SKIP THIS AD ×