Filem animasi Disney dari dulu tidak pernah menghampakan. Kami percaya kebanyakan membesar dengan filem-filem Disney seperti Peter Pan, Snow White, Pinocchio dan macam-macam lagi. Terbaru, Disney telah melancarkan lagi satu animasi yang bertajuk ‘Moana’.
Kami berkesempatan untuk pergi ke Movie Junket Moana dan menemuramah pelakon utama, Auli’i Cravalho (Moana), Osnat Shurer (Producer) dan juga penyanyi tema lagu Moana yang mewakili Malaysia, Ayda Jebat. Jom kita layan! *Psstt.. Auli’i Cravalho comel sangat weehhh. Hilang fokus abam interviewer tu. Huhu
Kelakar, mantap dan banyak moral values!
Ok sebelum anda serbu untuk tengok Moana ni, kami ceritakan sikit sinopsis dari filem ni. Ia mengisahkan seorang gadis (Moana) yang bersifat berani, tak bergantung pada orang lain dan mempunyai sifat ingin tahu. Dia diberitahu bahawa dia bakal jadi penghulu di kepulauan yang didiami oleh dia dan juga penduduk lain.
Pada suatu hari malapetaka telah terjadi pada kawasan perkampungan yang mereka duduki tu. Tambah lagi teruk bila neneknya mati. Tapi sebelum neneknya mati, dia diberi pesanan agar mencari seorang dewa yang bernama Maui (The Rock). Selepas itu, bermulalah pencarian dan misi untuk menyelamatkan penduduk di kampungnya bersama Maui.
Apa yang kami boleh katakan ialah filem ni penuh dengan komedi terutamanya The Rock. Setiap dialog yang dikeluarkan semuanya pecah perut kami dibuatnya. Bukan faktor itu sahaja, filem ni mengajar kita apa itu tanggungjawab, semangat dan ikatan kekeluargaan. Filem ni anda wajib tengok! Serious anda takkan menyesal.
Oh ya, filem Moana ni akan boleh tengok di pawagam pada 1 Disember 2016 yang akan datang ni. Jangan lupa ya!