berita

[VIDEO] Inilah Ikon Pertama,Terbaik & Original Kebanggaan Malaysia Yang Korang Kena Tahu!!

September 13th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Sebut je pasal biskut, jenama Jacob’s mesti terlintas dalam kepala. Yelah, Jacob’s Original Krim Kraker ni dah jadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia bagi semua peringkat umur selama lebih dari 60 tahun tau.

Sempena Hari Malaysia ni, Jacob’s Malaysia mengajak kita semua untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian ikon-ikon Malaysia dalam menjadi yang pertama, terbaik dan original dalam bidang masing-masing. Nak tahu siapa mereka?

Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Air pada 29 Ogos 1957.

Kalau korang power sejarah, mesti korang tahu perjuangan dan jasa Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan Inggeris dulu sehingga kita dapat capai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Merdeka!

Ratu skuash negara, Datuk Nicol Ann David

Kredit: sukan.my

Siapa je tak kenal dengan Datuk Nicol Ann David kan? Atlet skuash tanpa kalah dari tahun 2008 sehingga 2012 ni telah memenangi kejuaraan dunia secara berturut-turut. Terlalu banyak pencapaian beliau dalam arena skuash ni untuk disenaraikan sebenarnya.

Tapi, apa-apa pun, Datuk Nicol merupakan pemain skuash paling dominan dan telah tercatat dalam lipatan sejarah baru dunia skuash apabila menjadi pemain skuash dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia selama 112 bulan dari tahun 2006 sehingga 2015! Memang legend!

Bintang versatile yang tak lapuk dek zaman, Tan Sri P. Ramlee

Filem-filem arahan Tan Sri P Ramlee adalah filem yang memang kita takkan pernah jemu untuk tengok. Ulanglah berapa banyak kali pun, mesti kita akan layan sampai habis. Itulah kehebatan seniman agung kelahiran Pulau Pinang ni.

Dilahirkan dengan bakat seni yang hebat, penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem dan pengusaha filem, ni memang insan berbakat yang disegani di dalam dan luar negeri serta di seluruh Asia!

Farah Ann, ikon muda negara

Kredit: buro247.my

Kalau korang nak tahu, Farah Ann Abdul Hadi mula menceburi sukan gimnastik pada umur 3 tahun dan membuat penampilan pertamanya di Sukan Olimpik 2010.

Farah Ann, yang juga digelar ikon negara ini juga pernah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa di Piala Antarabangsa Ukraine pada awal tahun ini. Kini, beliau merupakan atlet dan lawan yang digeruni bagi sesiapa di dunia gimnastik, terutamanya di Asia Tenggara.

Chandramalar, komisioner polis wanita pertama

Kredit: Tamizhar Media

Digelar wanita besi, A. Chandramalar merupakan inspektor polis wanita pertama yang mengetuai Anti-Vice Branch di Pulau Pinang dan memimpin sepasukan 13 anggota polis lelaki dalam misi menyelamatkan kanak-kanak dan perempuan bawah umur daripada sindiket pelacuran dan dadah.

Menariknya, beliau juga terkenal dengan trademark menendang pintu-pintu tempat serbuan dengan hanya satu tendangan. Power!

Bram Lee, Youtuber Malaysia pertama mendapat sejuta langganan

Kredit: Column Life

Bagi pasaran Malaysia yang masih kecil dan baru, untuk capai jumlah langganan You Tube sehingga 1 juta tu bunyinya macam mustahil kan? Tapi, tak mustahil untuk Bram Lee, pemilik saluran Cartoon Hooligans yang menjadi saluran pertama milik anak muda tempatan yang mencapai jumlah langganan melangkaui angka 1 juta!

Mulanya, beliau hanya suka-suka tapi kini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui saluran You Tube nya sendiri.

Sempena meraikan sejarah negara dan menghargai segala pencapaian serta pengorbanan negara sehingga kini, Jacob’s Malaysia memaparkan aksi ikon-ikon ini dilakar dan diukir atas biskut Jacob’s, sarung tin dan pek Jacob’s Original Krim Kraker.

Yang lagi best, korang pun berpeluang untuk mendapatkan Jacob’s Original Krim Kraker dengan lakaran wajah korang tau!

Nak tahu macam mana?

Klik sini untuk mengetahui antara lokasi hypermarket di mana korang boleh dapatkan Jacob’s Original Krim Kraker dengan ukiran muka korang sendiri!

Di sini, Jacob’s Malaysia mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Jacob’s Malaysia.

SKIP THIS AD ×