Rahsia Ketiak Putih Abil

Pelakon, Nabila Huda tampil mendedahkan ‘rahsia’ ketiak putihnya kepada wargamaya di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ni Memang Kena Jadi Suami, Aku Akan Cari Mak Ayah Dia’ – Nabila Huda Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami

Kucing punya kerja!

@abilsuhaimi Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..?? #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih ? original sound – Nabila Huda

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila atau lebih mesra disapa Abil itu memuat naik video cara-cara dirinya memutihkan ketiaknya.

Dapat dilihat pelakon filem ‘Munafik’ itu sedang terbaring sambil membiarkan kucing kesayangannya yang bernama Akiko menjilat bahagian ketiaknya.

Apa yang menghiburkan ialah, Abil sempat berseloroh sambil mengatakan ‘syurga’ kucing tersebut berada di bawah ketiaknya.

Inilah rahsia ketiak saya putih. Syurga di ketiak mommy.

‘Tak geli ke?’

Rahsia Ketiak Putih Nabila Huda

Rahsia Ketiak Putih Nabila Huda

Rahsia Ketiak Putih Nabila Huda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli mereka melihat telatah kucing Abil yang menjilat bahagian ketiaknya sambil menyifatkan mereka akan ‘menggelepur’ sekiranya dijilat di bahagian ketiak.

Terdahulu, Abil meraih perhatian wargamaya yang terpegun melihat ketiak pelakon itu yang kelihatan bersih sewaktu memperagakan pakaian tradisional Jawa ketika menjayakan watak sebagai Nyai Sunarti dalam Muzikal Lantai T Pinkie.

Bahkan, ada juga yang meninggalkan komen meminta petua bagi memutihkan ketiak dari Abil.

Posting Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: TikTok, Instagram