berita

[VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin

April 24th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Personaliti media sosial sekali lagi diduga dengan penceraian apabila perkahwinan kedua tidak berkekalan lama.

Artikel Berkaitan: Tragedi Malam Pertama, Suami Nekad Cerai Isteri Selepas Lihat Wajah Tanpa ‘Makeup’

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga

Kembali ke status janda

@elcah.hashaBagi menjawap pertanyaan yang terbuku dihati semua, ini adalah jawapan…? original sound – mariasubir – Miamiaaw

Instafamous yang dikenali sebagai Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan lelaki yang baru dikahwini pada 3 Mac lalu. Apa yang menyedihkan apabila mereka bercerai selepas lapan hari bernikah.

Menerusi hantaran di TikTok, Elcah menjawab pertanyaan yang timbul dalam kalangan pengikut media sosial.

Elcah turut berkongsi ‘voice note’ yang dihantar bekas suami ketika melafazkan cerai dengan talak satu.

Dalam masa sama, Elcah menyatakan dia sudah tidak mampu bertahan selain mendoakan agar bekas suami hidup bahagia dengan kehidupan baru.

Sebelum ini, kisah Elcah pernah viral apabila dia dan bekas suami pertama membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×