![[VIDEO] Intan Najuwa Kongsi Telatah Comel Imane Lunara – ‘Dia Pandai Berlakon, Buat Bunyi Batuk Kalau Nak Perhatian’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/intan-najuwa-dua-3.jpg)
Pelakon, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian warganet apabila berkongsi gelagat comel anaknya, Imane Lunara yang bijak menarik perhatian setiap kali terasa dirinya diabaikan.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Pandai berlakon

Menerusi potongan klip siaran langsung, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, mendedahkan bahawa Lunara sering membuat bunyi seakan-akan batuk setiap kali tiada siapa yang melayannya.
Menurut Intan, gelagat itu menjadi cara si cilik berusia lima bulan itu memastikan ibunya memberi sepenuh perhatian kepadanya.
Batuk sebab nak perhatian. Lunara ni kalau nak perhatian orang dia akan buat-buat batuk.
Dia pandai berlakon. Kalau kita tidak layan dia, dia akan buat bunyi batuk.
Video itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya terpegun dengan kecomelan Lunara.
Rata-rata memuji Lunara dengan mengatakan rupa dan rambutnya sangat mirip seperti kartun Chibi Maruko-chan.
Komen netizen


Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Hari-Hari Tiara Tegur Adik Dalam Perut Mama, Selawat & Doakan’ – Isteri Achey](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2536.jpg)


