![[VIDEO] Inteam ‘Join’ Nyanyi Di Kedai Mamak, Netizen Terhibur – ‘Macam Gitu Je Diorang Rosak’](https://media.ohbulan.com/2025/05/inteam-1.jpg)

Kemunculan kumpulan nasyid popular, Inteam dalam sebuah video di TikTok baru-baru ini meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: In-Team Bantu Keluarga Arwah Suhaimi Saad – ‘Sudah Jadi Tanggungjawab Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Demam, Mimpi Arwah Suhaimi Tiga Hari Berturut – ‘Saya Sebenarnya Rindu’
‘Rosak Inteam aku’
@ansariramlii Lepasni @Yuna Zainal bolehla belanja tiket konsert @Inteam_Official pulak ? @sweet boys #isteribelanjasuami #inteam #sweetboys ? original sound – Papa Ayie
Menerusi video yang dikongsikan oleh pencipta kandungan Papa Ayie, dia merakamkan momen bersama isterinya di sebuah restoran mamak. Dalam video tersebut, si isteri secara spontan membayar bil makanan mereka dan lelaki itu menyifatkan ianya satu tindakan yang jarang berlaku.
Disebabkan itu, Papa Ayie yang terharu telah menyanyikan lagu Nur Kasih sebagai reaksi susulan daripada tindakan isterinya itu.
Namun, plot twist paling menarik ialah apabila kumpulan Inteam sendiri secara tiba-tiba muncul dalam babak video itu dan turut menyanyikan lagu berkenaan bersama Papa Ayie.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat terhibur dan memuji kreativiti serta ‘in-character’ para ahli Inteam:
Lawak, original Inteam sangat in karakter
Kolaborasi yang tidak dijangka.
Rosak Inteam aku.
Jenuh berlatih bahu, tak sama juga hasilnya.
Apa ilmu abang ni guna? senang-senang je Inteam terpengaruh.
Dia pakai dua geng kali ni, ori dan copy ori.
Macam gitu je Inteam rosak
Sebelum ni UNIC rosak, ni Inteam pula
Malah, ada juga yang membuat spekulasi bahawa kemunculan tersebut mungkin berkaitan dengan promosi konsert kumpulan nasyid itu.
Inteam sebenar muncul, maksudnya tak lama lagi ada konsert. Betul?
Nantikan konsert Intem pda 27 September ini.
Inteam dah comeback.
Sumber: TikTok








