Isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, sudah lama tidak muncul di media sosial sehingga membuatkan ramai yang tertanya tentang perkembangan dirinya.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’
Artikel Berkaitan: Sah! Ira Kazar & Syamsul Tak Bercerai – ‘Mereka Bahagia Cuma Tak Post Di Media Sosial’
Kongsi video terkini
@syamsulyus0ffilm
Terbaharu, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dipercayai memuat naik video menerusi TikTok Story pada Khamis.
Video berdurasi 12 saat tersebut memaparkan, Ira yang mengenakan pakaian berwarna hijau dilihat sedang bermain dengan seorang kanak-kanak dan mereka berdua kelihatan begitu gembira.
Sebelum ini, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya. Kali terakhir Ira berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu sebelum berdiam diri dari alam maya.
Timbul juga dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.
Dalam masa yang sama, Syamsul juga sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di media sosialnya lalu menimbulkan pelbagai spekulasi. Sehinggalah April lalu, dia memuat naik video aktiviti bersama anak-anak.
Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Sumber: TikTok