Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi ancaman yang diterima daripada tentera Israel sebelum ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa, pada pagi Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Zizi Kirana, Kini Heliza Helmi & Hazwani Helmi Pula Ditahan Isr**l

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan

Ancaman daripada tentera Israel

@farizabahrin

Ya Allah, Engkau Maha Melihat apa yang berlaku. Lindungilah para pejuang kemanusiaan di kapal Sumud Flotilla, selamatkan mereka daripada kezaliman musuh, kurniakan keberanian, ketabahan dan kemenangan kepada mereka. Jadikan usaha mereka sebagai saksi iman di sisi-Mu, Ya Rabbal ‘Alamin. #stand4sumud #sumudfloatilla #fyp #standwithgaza #farahlee

♬ original sound – fariza bahrin – fariza bahrin

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli dilihat sempat memberi kata-kata terakhir sebelum bekalan internet terputus dengan sendirinya.

Menurut Farah, tentera Israel memberi jemputan ke negaranya sekali gus memjanjikan keselamatan buat semua pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Israel beri kami amaran dengan jemputan ke negara mereka dan kami akan selamat di sana atau kami berpatah balik.

Kalau kami gagal ikut, mereka kata ini amaran terakhir dan kami akan diapa-apakan.

Itulah taktik kotor mereka untuk suruh kami menyerah.

Selain Heliza Helmi, adiknya iaitu Hazwani Helmi dan beberapa video warga Malaysia lain turut dimuat naik iaitu Zizi Kirana, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli yang berada dalam tahanan selepas Kapal Sirius dinaiki mereka dipintas oleh tentera Israel.

Tiga lagi rakyat Malaysia di atas Kapal Alma iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga berdepan nasib sama selepas kapal berkenaan dipintas pada jam 9.44 malam waktu Gaza.

Sumber: TikTok @farizabahrin