berita

[VIDEO] Isteri Kantoi Curang Dengan Kekasih Gelap, Suami ‘Naik Hantu’ Roboh Rumah Guna Jengkaut

October 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki dipercayai tergamak merobohkan rumahnya menggunakan jengkaut selepas mengetahui kisah kecurangan isterinya bersama lelaki lain.

Robohkan rumah sebab isteri curang

Tindakan agresif lelaki berkenaan yang merobohkan rumah tersebut sempat dirakam penduduk kampung sebelum video berdurasi 36 saat itu dimuat naik dan tersebar di media sosial. Berdasarkan video pendek itu terpapar sebuah jengkaut sedang merobohkan sebuah rumah yang dikatakan terletak di Kampung Pule, Trenggalek, Jawa Timur Indonesia.

Kelihatan penduduk kampung berkumpul di tepi jalan untuk menyaksikan kejadian ‘pilu’ itu. Bukan itu sahaja, ada penduduk kampung turut ‘membantu’ dengan membaling batu ke arah dinding rumah terbabit. Menerusi beberapa sumber lain di Suara.com, pemilik rumah berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana sakit hati selepas mengetahui isteri tersayang mempunyai kekasih gelap. Selepas kecurangan si isteri terbongkar, lelaki tersebut yang bekerja di bandar terus pulang ke kampung dan merobohkan kediaman mereka.

Rakaman yang viral itu telah ditonton hampir 700,000 kali setakat ini, selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara mereka menyokong tindakan lelaki berkenaan namun ada yang membantah.

Video

Sumber: Suara.com, Rismakurnia66

SKIP THIS AD ×