berita

[VIDEO] Isteri Mengandung, Suami Pula Alahan! Netizen Kata Biar Diaorang Rasa Peritnya Fasa Hamil

October 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Isteri mengandung tapi suami pula yang alahan! Itulah yang dilalui lelaki ini yang mengalami loya dan muntah disebabkan alahan teruk ketika isterinya mengandung zuriat keduanya.

‘Seronok bersama sengsara juga bersama’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Habibah Che Hassan, memaparkan si suami, Mohd Rezal kerap masuk ke tandas dan muntah kerana mengalami alahan teruk. Difahamkan, ini bukan kali pertama Rezal mengalami alahan malah sebelum ini juga dia berdepan situasi yang sama saat isterinya hamil anak pertama.

Ini lah dinamakan seronok bersama sengsara juga bersama, ingat yang pertama saja begitu, yang kedua juga begini. Okay Adil.

Bukan itu sahaja, Rezal juga dikatakan tidak boleh berpisah dengan makanan masam atau jeruk hanya untuk menghilangkan rasa loya sepanjang tempoh alahannya.

Asam ni kira tak lekang dengan dia. Dah macam kedai jeruk Pak Ali Penang dah. Sungguh 3-4 pagi pun dok kunyah asam lagi. Teruk kali ni, nak tidur pun mabuk.

Video yang dikongsikan Habibah telah mendapat lebih daripada 260k tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada netizen akui terhibur melihat gelagat pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka berkongsi pengalaman alahan teruk yang dilalui si suami sepanjang tempoh kehamilan si isteri. Bukan itu sahaja, ada sesetengah para isteri berharap agar para suami turut ‘berjangkit’ alahan supaya mereka faham betapa peritnya fasa mengandung.

Video

Sumber: Habibah Che Hassan

SKIP THIS AD ×