![[VIDEO] Isteri Radin ‘Throwback’ Momen Dilamar, Netizen Ikut ‘Blushing’ – ‘Suka Couple Macam Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/05/nur-amirah-radin.jpg)
Hantaran isteri kepada penyampai radio dan pengacara, Radin iaitu Nur Amirah, meraih perhatian netizen yang tumpang bahagia menyaksikan momen indah yang dikongsikan.
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Ucap Tahniah, Tumpang Bahagia Radin ‘Official’ Jadi Abang Ipar – ‘Selamat Datang Ke Keluarga Kami’
Artikel Berkaitan: Radin Selamat Bergelar Suami, Serah Mas Kahwin RM15,020.26
Momen ‘throwback’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Nur Amirah dilihat berkongsi momen berharga bersama suaminya, Radin sebelum sah bergelar suami isteri.
Difahamkan, Radin melamar Nur Amirah atau mesra disapa Mira untuk dijadikan isteri pada tarikh ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran dengan sebentuk cincin berjenama mewah.
Throwback pada hari yang saya setuju dengan lamarannya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang turut tersenyum melihat momen berharga itu sekali gus memuji pasangan berkenaan kerana menyembunyikan hubungan sebelum bernikah.
Reaksi netizen




Imbas kembali, Radin selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya Nur Amirah dengan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 namun wang hantaran dirahsiakan.
Sebelum majlis berlangsung, Radin memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen ‘Ini Rahsia Tuhan’ diiringi lagu ‘Risk It All’.
Sumber: TikTok @mrashams








