berita

[VIDEO] Isteri Sakit Nak Beranak, Suami Rilek Main Phone – ‘Suami Jenis Apa Ni’

October 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dinafikan proses melahirkan cahaya mata merupakan saat yang paling dinantikan dan dalam masa yang sama amat digeruni oleh para wanita yang bergelar sebagai ibu. Namun, terdapat sesetengah suami yang seperti tidak kisah dan memahami betapa sakitnya para isteri mereka melalui detik itu.

Isteri tahan sakit contraction

Menerusi video yang dimuat naik oleh Raimah344 di TikTok, memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil seperti sedang menahan kesakitan contraction berdasarkan gerak badannya.

Namun, apa yang mengecewakan adalah si suami kelihatan seperti tidak kisah mengenai keadaan isterinya dan tidak cuba untuk membantu menenangkan si isteri yang berada di hadapannya.

Suami jenis apa ni, isteri nak bersalin tapi elok je main telefon.

Dasar lelaki tak ada otak.

Dalam pada itu, si suami lebih fokus memandang skrin telefon bimbitnya sambil memegang tangan isterinya. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dilihat memegang kaki suaminya seolah mencari kekuatan untuk menahan kesakitan.

Suami leka tengok telefon

@raimah344? suara asli – slalu tersakiti

‘Kalau saya tu, saya buang telefon dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama seperti dialami oleh wanita tersebut.

Sumber : raimah344

SKIP THIS AD ×