berita

Video: Izara Aishah Berpakaian Seksi, Menari Tango

October 2nd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Mungkin kerana tajuk video yang agak jarang di-google oleh kita, ramai yang tidak tahu bahawa Izara Aishah pernah membuat persembahan tarian Tango seksi ketika dia masih belajar di Sunway University. Video ini dimuat-naik pada 14 Mac 2011 dan sudah lebih satu tahun video ini di laman Youtube. Dan ya, ramai yang tidak tahu mengenainya bukan?

Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Heroin drama “Vanilla Coklat” ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang kami kira agak mengghairahkan dengan tarian yang dipersembahkan, di sebelah kiri pentas.

Apa yang kami rasa anda tidak sabar untuk lihat ialah pada minit 6.20. Mahu tahu apa dia? Sila tonton video bertajuk ‘Cell Block Tango Girls’ selepas ini ya.

Untuk pengetahuan, Izara kini sedang menangguhkan pengajiannya kerana sibuk dengan kerjaya lakonan.

Update : Video telah dibuang oleh pihak Youtube.

SKIP THIS AD ×