berita

[VIDEO] Jadi Punca Jalan Raya Sesak Sampai KLCC, Caprice Tebus Rasa Bersalah ‘Belanja’ Petrol Lagi

September 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam (Jumaat), penyanyi rap sensasi Caprice, telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Lebih Kecewa Dengan Diri Sendiri …’ – Caprice Mengaku Isteri Belum Lagi Bertudung

Sesak teruk traffic

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Mendapat sambutan luar biasa, Caprice memohon maaf kepada pengguna yang terkandas gara-gara kesesakan jalan raya yang berpunca daripada tindakannya ‘belanja’ minyak di stesen berkenaan.

Menerusi video di Instagram (IG), Caprice, 34, tidak menyangka akan diserbu oleh ratusan orang ramai.

Pertama kali saya ingin memohon maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang kerana berlaku kesesakan teruk hari ini.

Saya sendiri tidak sangka suasana menjadi kecoh dan ‘havoc’ sehingga berlaku kesesakan jalan raya yang teruk sehingga ke KLCC.

Walaupun telah dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis, kami masih tidak dapat mengawal kesesakan jalan raya.

Kata pemilik nama Ariz Ramli, biarpun masih ramai yang beratur menunggu giliran, dia terpaksa menutup stesen minyak itu kerana sudah kehabisan petrol.

Selepas kehabisan petrol, kami terpaksa menutup stesen minyak buat sementara walaupun masih ramai yang beratur.

Bagi minyak lagi khas untuk ….

Dalam pada itu, pelantun lagu Lenglui meluahkan rasa bersalah terhadap kakitangan kerajaan yang pulang dengan hampa.

Oleh sebab itu, dia sekali lagi bermurah hati untuk memberi minyak petrol secara percuma khas untuk penghantar makanan serta staf kerajaan di Kuala Lumpur dan kemudiannya akan ke lokasi di Pulau Pinang.

Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan, penghantar makanan dan Grab di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang untuk semua orang pada minggu hadapan. Insya-Allah.

Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk belanja rakyat.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

SKIP THIS AD ×