![[VIDEO] Jadi Saksi Pendakwaan, Azar Azmi Tidak Boleh Dekati Suami](https://asset.ohbulan.com/2026/10/azar1.jpg)
Pelakon Azar Azmi mengakui perlu mematuhi perintah mahkamah yang melarangnya mendekati suami, Apri Hazreen Mohd Sapri, susulan lelaki itu sedang berdepan dengan perbicaraan kes atas pertuduhan penipuan.
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Enggan Ulas Kes Mahkamah Suami, Sibuk Cari Duit Besarkan Anak-Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cemburu Tengok Pasangan Lain..Saya Lebih Kepada Menjaga Anak, Sebab Itu Saya Bertahan’ – Azar Azmi
Patuh arahan mahkamah
Ketika ditemui OhBulan!, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata, perintah itu adalah berikutan dia merupakan saksi pendakwaan bagi kes tersebut.
Saya tak boleh sentuh sangat sebenarnya, tapi sebelum ini saya pernah beritahu yang dia tak boleh dekat dengan saya dan saya pun tak boleh dekat dengan dia kerana saya adalah saksi pendakwaan.
Dalam perintah mahkamah, keluarga boleh pergi melawat, cuma itu orang lain bukan saya. Sebagai saksi pendakwaan, saya perlu patuh apa yang mahkamah dah perintahkan.
Azar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Elegant Selamanya, yang berlangsung di Ampang Coffee Club, pada Khamis.
Dalam masa sama, Azar turut memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha untuk menjelaskan hutang.
Bagaimanapun, Azar enggan mengulas dengan lebih terperinci mengenai tuntutan hutang tersebut dan menyerahkan segala urusan kepada pihak peguam.
Berhubung tuntutan hutang, itu pun saya serahkan pada peguam dan ada yang saya dah jelaskan secara sikit-sikit.
Tapi masih ada lagi yang perlu selesai sebab terlalu banyak, yang tidak termaktub itu terlalu banyak. Ada yang tiba-tiba datang pun terlalu banyak sampai saya terkejut.
Oleh kerana tak nak ada isu yang berbangkit, semua saya serahkan kepada peguam di atas nasihat pengurus saya untuk ambil tindakan itu.
Meskipun berdepan fasa sukar, namun pelakon drama Bulan Henti Bicara itu tetap optimis dan positif mencari rezeki demi menjalani masa depan bersama anak-anak.
Saya tak lalui fasa kemurungan sampai tak keluar rumah. Saya tak boleh ada perasaan itu sebab saya ada tanggungan untuk dipikul.
Kalau saya tak keluar dan saya ada perasaan itu, macam mana dengan anak-anak? Siapa yang nak belikan susu dan lampin mereka? Sekolah dan makan minum?
Jadi memang pada awalan itu saya terus letak dalam diri, saya kena buat sesuatu. Saya kena bekerja. Kalau tak bekerja, tada rezeki. Siapa nak tanggung anak-anak, itu saja.
Sekitar Mac lalu, Apri didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang wanita berusia 35 tahun.
Selain itu, dia turut didakwa atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang kononnya membawa gelaran Datuk, namun sebenarnya tidak wujud.