![[VIDEO] Jadual Kerja Padat, Netizen Nasihat Achey ‘Curi Masa’ Untuk Berehat – ‘Jaga Kesihatan Juga’](https://media.ohbulan.com/2025/03/JadualKerjaAcheyPadat.jpg)

Pelawak dan pelakon, Achey menyorot perhatian wargamaya apabila memuat naik jadual kerjanya menerusi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’
Jadual kerja padat
@achey_kintangkintung @anne_achey21 ? tob tobi tob – wsszx.7
Menerusi perkongsian dibuat, Achey memuat naik video dirinya di dalam kereta sambil menggunakan ‘filter’ mata sembab dan bengkak.
Achey turut berkongsi jadual kerja yang perlu dipenuhinya menerusi hantaran yang sama sepanjang bulan Ramadan.
Dapat dilihat, pelawak berusia 39 tahun itu bekerja tanpa henti bermula daripada 11 Mac sehingga sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitir.
Anne (isteri) selalu bising sebab aku kerja kuat-kuat tapi tak ada apa pun sangat reward untuk diri sendiri.
Aku setuju jugak, cuma kepuasan aku adalah melihat orang sekeliling aku gembiara dengan hasil titik peluh aku.
Doa-doa mereka untuk aku nanti adalah reward aku yang paling berharga.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau melihat jadual Achey yang begitu padat sepanjang bulan Ramadan ini.
Mereka juga menyarankan pemilik nama Mohd Nasir Hamzah ini mencuri masa untuk berehat dan mendapat tidur yang cukup.
Sumber: TikTok Achey







