![[VIDEO] ‘Jamal Abdillah Tengah Marah Pun Suara Sedap’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/jamal.jpg)
Penyanyi terkenal Jamal Abdillah raih perhatian apabila kebanyakan netizen terhibur melihat kerenah keempat-empat anaknya yang mandi di tempat lembu minum air.
Artikel Berkaitan: Jamal Abdillah Kongsi Tips Wajah ‘Flawless’, Nampak Awet Muda Kerana Faktor Keturunan – ‘Saya Pakai Sabun Papaya’
Artikel Berkaitan: Jamal Abdillah Umum Jantina & Nama Anak Ketujuh Yang Bakal Lahir Januari 2025 – ‘Perempuan, Namanya Magdalena Yamani’
Mandi dalam tempat minum air lembu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali dilihat memarahi anak-anaknya kerana mandi di tempat kotor.
Pada video berdurasi 24 saat itu, Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani sedang dalam keadaan basah semasa dimarahi.
Dah kena marah.
Main lagi dekat tempat lembu minum.
Sekali sekali Daddy dia marah, terdiam terus.
Marah ke nyanyi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak keempat penyanyi berusia 66 tahun itu yang menangis dan dianggap sebagai ‘mastermind’. Selain itu, warganet turut berseloroh mengatakan suara pelantun lagu ‘Gadis Melayu’ itu merdu walaupun dalam keadaan sedang marah.
Sumber: TikTok @DjaCollection