![[VIDEO] ‘Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain’ – Ustaz Adnin Beri Teguran Buat Ibu Bapa](https://asset.ohbulan.com/2025/11/Ust-adnin-1.jpg)
Pendakwah bebas, Ustaz Adnin, tampil menjelaskan hukum berkaitan tindakan ibu bapa yang sering membandingkan anak mereka dengan individu lain yang dianggap lebih bijak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Persiapkan Diri Dari Segi Ekonomi, Agama & Emosi Sebelum Berumah Tangga’ – Ustaz Adnin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT
Membandingkan, tidak masuk akal
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Ustaz Ahmad Adnin Roslan, 33, menekankan bahawa perkara ini adalah tidak wajar untuk dibuat perbandingan kerana setiap anak mempunyai tahap kemampuan masing-masing selain datang dari latar belakang yang berbeza.
Membandingkan ini benda yang tidak masuk akal sebab kehidupan orang, takdir, IQ, persekitaran semuanya berbeza, jadi kenapa perlu membandingkan sesuatu yang berlaianan juga? Memang tak ‘synchronise’ la.
Ujarnya, perbandingan seperti itu bukan sahaja tidak membantu meningkatkan kecerdasan seseorang, malah boleh menimbulkan tekanan emosi, merendahkan keyakinan diri dan juga membawa kepada depresi.
Kalau bandingkan anak korang dengan anak orang lain, benda tu akan membuatkan mereka tersakiti, terzalimi, stres. Ada yang sampai tertekan dan depresi, jangan sampai begitu.
Berikan perhatian

Justeru, Ustaz Adnin menyeru agar ibu bapa di luar sana dapat menumpukan perhatian yang lebih kepada potensi dan perkembangan anak sendiri.
Kalau nak anak jadi pandai, caranya adalah mengajar mereka, bimbing, beri semangat, hantar sekolah dan tuisyen yang bagus. Berikan mereka kasih sayang.
Mak bapak bandingkan anak dengan orang lain, makin tak pandai dan stress la dia.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
