Hantaran pelakon Ummi Nazeera meraih perhatian dengan fesyennya yang unik semasa menghadiri Minggu Fesyen Paris (PFW) yang berlangsung di kota fesyen dunia, Paris, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Berehat Daripada Berlakon, Selepas Drama Rindu Kasih 3

Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Rasa Dihargai Suami Perhati Penampilan Diri – ‘Tudung Ternaik Sikit, Dia Akan Kata Aurat’

Fesyen unik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin dilihat menggayakan fesyen yang dianggap luar biasa.

Pada video berdurasi selama 26 saat itu, Ummi menerima pelbagai reaksi warganet dengan keyakinannya yang tinggi.

Hantaran tersebut meraih lebih 500 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

‘Lama sangat rehat berlakon kot’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pemilihan fesyen Ummi yang dikatakan persis lipas dan kambing biri-biri.

Sumber: TikTok @UmmiNazeera