![[VIDEO] Janna Nick & Dini Schatzmann Pindah Masuk Rumah, Kos Sewa Dianggar Lebih RM22k Sebulan](https://asset.ohbulan.com/2025/09/janna-nick-33.jpg)
Setelah giat berusaha mencari rumah sewa di kota London, United Kingdom, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann akhirnya memperoleh kediaman yang sesuai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Suami Cari Rumah Sewa Di London, Netizen Terkejut Harga Cecah RM15K Sebulan
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Ucap Selamat Tinggal Kepada Janna Nick, Bakal Menetap Di London Selama Setahun?
Rumah sewa
Menerusi perkongsian di TikTok, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 30, meluahkan rasa teruja apabila dia dan suami dapat berpindah dari rumah penginapan sementara mereka.
Hari ini kami pindah rumah, tak sabar.
Dalam masa yang sama, Dini juga turut gembira kerana dapat mendiami rumah idamannya.
Saya gembira dapat rumah idaman saya.
Difahamkan, pasangan selebriti itu memilih sebuah kediaman dengan kadar sewa 4,000 pound sterling bersamaan kira-kira RM22,600 sebulan.
Pilihan Janna & Dini

Menurut Janna, lokasi rumah sewa tersebut tidak jauh dari rumah penginapan sementara yang mereka diami sebelum ini.
Ini Airbnb yang kami tinggal selama dua minggu dan di sana pula rumah sewa kami.
Terima kasih kepada tuan rumah kami, Dino yang bantu kami angkat beg.
Dini kemudian dilihat mengangkat kesemua bagasi milik mereka dan menaiki tangga ke rumah sewa berkenaan.
Terdahulu, Janna dan Dini dilihat begitu teliti ketika meninjau beberapa rumah bagi memastikan pilihan mereka tepat sebelum menetap sementara di London.
Tetapi apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila harga rumah sewa mencecah RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Sebelum ini, difahamkan Janna akan menetap di London selama setahun bagi menyambung pengajiannya.
Sumber: TikTok Janna Nick








