![[VIDEO] Janna Nick Tak Perlu Komen Teguran Badan Berisi – ‘Challenge’ Diri Kurus 90 Hari’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jannah.jpg)
Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengambil keputusan untuk menangguh hasrat mendapatkan zuriat bagi memberi tumpuan kepada misi menurunkan berat badan.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Berhenti Ikhtiar TTC, Mahu Fokus Turunkan Berat Badan – ‘Saya Dah Putus Asa’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Minta Peniaga Elak Guna Gambar AI Promosi Pakaian – ‘Kita Nak Tengok Material Sebenar’
Fokus misi kurus
Ketika ditemui OhBulan!, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, akui komen negatif mengenai bentuk badannya sedikit sebanyak memberi tekanan dan menjejaskan emosinya.
Menurut Janna, dia menyedari perubahan fizikal yang dialami dan tidak memerlukan komen berunsur teguran daripada netizen.
Kita tak perlukan orang lain untuk mengecam kita. Orang tak perlu cakap kita gemuk, kita sendiri sedar keadaan diri.
Netizen tak perlu bersusah payah datang dan beritahu kita gemuk.
Bila kita dah sedar tapi orang lain menambah lagi dengan komen sedemikian, kita mestilah tertekan dan kecewa.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Rasmi 3Days x Turun KG & Pelancaran Cabaran 90 Hari Musim Dua yang berlangsung di Le Meridian, Putrajaya.
Tambah pelakon berusia 31 tahun itu, pandangan segelintir masyarakat terhadap individu berbadan besar juga membuatkan seseorang berasa mudah dipersendakan.
Bila kita berbadan besar, ramai yang akan memandang kita dengan pandangan berbeza.
Orang melihat kita seperti boleh dipersendakan. Jadi, saya berharap selepas menurunkan berat badan nanti, orang akan mengambil saya dengan lebih serius.
Mengulas lanjut, Janna menegaskan bahawa misi menurunkan berat badan kali ini lebih kepada kepuasan dirinya sendiri.
Ujarnya lagi, dia mahu kembali berasa yakin dengan penampilan tanpa perlu memikirkan pandangan orang sekeliling.
Sekarang ini bukan lagi mengenai suami saya atau usaha mendapatkan zuriat. Sekarang ini adalah mengenai diri saya sendiri.
Saya buat untuk keyakinan saya. Saya mahu kelihatan cantik, lebih kemas dan yakin apabila mengenakan pakaian.
Segala yang saya lakukan sekarang adalah untuk diri saya, bukan untuk suami.