berita

[VIDEO] ‘Jantan Tak Guna, Ibarat Macam Hang Pukul Mak’ – Caprice

March 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial apabila isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan suaminya telah menumbuk sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kiri.

Artikel berkaitan: ‘Shuhada Ditumbuk Sebanyak Tiga Kali Pada Bahagian Muka’ – Ahli Keluarga

Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Susulan itu, penyanyi rap Caprice tampil menyuarakan pendapat mengenai isu tersebut.

Hang bukan jantan

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice menyifatkan kaum lelaki yang melakukan keganasan terhadap wanita terutamanya kepada isteri adalah seorang lelaki yang lemah.

Malaysia dengar sini, saya takkan petik nama sesiapa. Secara umum kepada semua kaum lelaki dekat luar sana, kalau hang berani pukul perempuan sebenarnya hang bukan jantan, hang tak ada telur, hang lelaki yang paling lembik.

Dia sama ibarat macam hang pukul mak. Hang okey ke kalau orang pukul hang punya mak? Takkan? Dengar sini, kalau kita ada baran, kalau istighfar pun tak jalan, hang pergi lah keluar rumah cari gangster.

Kuala Lumpur ni ramai je gangster ajak mereka untuk bertembung bergaduh.

Tambahnya lagi, isu keganasan rumah tangga banyak terjadi di Malaysia dan perkara ini perlu dipandang serius.

Keganasan rumah tangga ni adalah masalah yang besar. Ada ramai mangsa dekat luar sana yang tak berani bersuara dan tampil kedepan sebab aib.

Harap-harap isu ni dapat meningkatkan kesedaran tentang keganasan rumah tangga, InsyaAllah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×