berita

[VIDEO] Jasmin Hamid Bebas Kanser Rahim – ‘Cyst Belah Kiri Hilang, Kanan Pula Mula Mengecut’

October 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Jasmin Hamid memberitahu dia bebas kanser rahim selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. Jasmin berkongsi berita baik tersebut menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Kesal Berita Tidak Benar, Jasmin Hamid Nafi Sedang Bertarung Nyawa – ‘Saya Sihat Walafiat’

Syukur Alhamdulillah

Menurut Jasmin, dia berasa bersyukur apabila keputusan pembedahan menunjukkan cyst di sebelah kiri sudah hilang manakala cyst di sebelah kanan pula makin mengecut.

Saya ingin berkongsi keputusan dengan anda semua berkenaan keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini. Doktor cakap saya bebas kanser rahim! Doktor beritahu cyst sebelah kiri dah hilang, cyst sebelah kanan pun makin mengecil.

Tambah Jasmin, doktor menyarankan agar cyst tersebut tidak perlu dibuang sebaliknya dia perlu mengikut rawatan susulan secara berkala sahaja.

Doktor maklumkan cyst tu tak perlu dibuang, saya hanya perlu jalani pemeriksaan berkala sahaja untuk melihat perkembangan ketumbuhan tersebut. Alhamdulillah, kesembuhan ini dengan izin Allah dan berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya.

Tiga bulan lagi, saya kena buat ulangan pemeriksaan untuk lihat perkembangan cyst saya yang sebelah kanan. Saya harap kawan-kawan yang menjalani operation yang sama dengan saya hari tu pun dapat berita baik untuk report kesihatan mereka.

Di akhir posting, Jasmin berterima kasih kepada netizen yang tidak putus mendoakan kesihatannya selama ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Sumber: Jasmin Hamid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×