Personaliti media sosial, Jasmine Sopeah kembali mendapat perhatian warganet selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Hafiz.

Artikel Berkaitan: Jasmin Sopeah Kembali Bergelar Isteri, Kongsi Foto Nikah – ‘Terima Kasih Kerana Mencintai Saya & Anak Saya’

Artikel Berkaitan: Influencer Jasmin Sopeah Dedah Sudah Lama Berpisah Dengan Suami – ‘Tiada Siapa Yang Mahu Perpisahan’

Aktif di TikTok

Menerusi sesi siaran langsung, Jasmin memujuk Hafiz untuk aktif di TikTok dan berkongsi hantaran dengan pengikutnya.

Mereka ni semua baik, awak pun akan ada peminat nanti.

Awak boleh post gambar kita.

Bagaimanapun, Hafiz tetap memilih untuk tidak membuka ruang privasi media sosial miliknya kepada umum.

Kalau mereka nak follow saya tak akan approve pun.

Eksklusif biar untuk saya sahaja.

Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Jasmin supaya menjaga privasi suami dan tidak terlalu mendedahkan tentang kebahagiaan mereka kepada umum demi menjaga keharmonian rumah tangga yang baru dibina.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memahami perasaan Jasmin yang teruja selepas kembali bergelar isteri.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Threads, Jasmin memaklumkan sudah berkahwin dengan Hafiz dengan memuat naik foto perkahwinan mereka.

Imbas kembali, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh Muhd Fakha pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.

Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.

Sumber: TikTok