berita

Video: Jatuh Cinta Dengan MV 2NE1

July 9th, 2013 | by Ai
Video Popular

2ne1_new_artist_profile

Kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh empat orang gadis cantik dan seksi, 2NE1 kini tampil dengan single terbaru beserta Muzik Video berjudul Falling In Love.

Menerusi laporan portal Soompi, single itu telahpun berjaya menduduki tempat teratas dalam sembilan carta muzik di Korea selepas dua jam ia diperdengarkan kepada umum.

Selain dari itu, 2NE1 juga dikatakan mengungguli carta iTunes di kebanyakan negara seperti Malaysia, Taiwan, Filipina, Singapura, dan Vietnam sebaik sahaja lagu itu dilancarkan.

Screen Shot 2013-07-08 at 23.50.12

Sesuai dengan lagunya yang rancak, MV Falling In Love kelihatan cukup segar dan meriah kerana penggunaan warna-warna terang dan props latar belakang yang menunjukkan seolah-olah mereka berada di sebuah pulau. Memang menarik sekali konsep yang diketengahkan.

Walaupun ianya adalah lagu K-Pop, namun terdapat juga beberapa elemen Bollywood dan Timur Tengah yang disuntik di dalam MV berkenaan berdasarkan kepada gaya tarian, aksesori dan props yang digunakan.

Mesti ada antara anda yang belum berkesempatan menonton MV Falling In Love kan? Untuk menghiburkan hati anda di hari Selasa ini, jom lihat kecantikan CL, Dara, Bom dan Minzy menari dan menyanyi di dalam video di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×