berita

[VIDEO] Jatuh Dari Langit, Cubaan Rakyat Afganistan Lari Daripada Taliban Undang Padah

August 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Viral beberapa rakaman video di media sosial mengenai tingkah laku sebilangan besar rakyat Afghanistan yang sanggup membahayakan diri sendiri apabila berpaut pada kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat (AS) tatkala kapal tersebut sedang bergerak.

Situasi huru hara itu dipercayai berpunca daripada perasaan takut yang melampau terhadap puak pemberontak, Taliban. Kesemua individu dilihat terdesak mahu meninggalkan negara mereka dengan kadar segera.

Ramai yang jatuh dari langit

Menerusi laporan media Askava, tiga individu dilaporkan sudah meninggal dunia sebaik sahaja terjatuh dari kapal terbang tentera Amerika Syarikat semasa berlepas dari Lapangan Terbang Kabul. Ketiga-tiga mangsa dipercayai berpaut di luar kapal terbang sebelum terjatuh dan terhempap di landasan lapangan tersebut.

Video lebih jelas

Terdahulu, puluhan ribu rakyat telah meninggalkan kawasan kediaman mereka dan melarikan diri setelah Taliban menakluk beberapa ibu kota di Afghanistan. Lebih parah, mereka semua seolah hilang arah selepas Presiden Afghanistan iaitu Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara terbabit. Beliau dipercayai tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku di sana. Tindakan presiden tersebut juga telah menimbulkan kemarahan dan kebingungan rakyat setempat sehingga ada yang menganggap beliau seorang yang pengecut.

Di samping itu, segala kekacauan yang berlaku di sana juga bermula apabila Amerika Syarikat (AS) bertindak memanggil pulang hampir keseluruhan tentera mereka yang bertapak di Afghanistan. AS yang mulanya berjanji untuk membawa pulang semua tenteranya dari Afghanistan pada 11 September 2021 telah bertindak melakukan perkara tersebut lebih awal dari jadual.

Difahamkan usaha itu telah mula dilakukan secara senyap dan pantas sejak bulan Mei lalu. Pada bulan Jun, difahamkan bahawa lebih 50 peratus tentera AS sudah pulang ke negara mereka. Pada bulan Julai pula, Jabatan Pertahanan AS mengumumkan bahawa mereka sudah membawa pulang 90 peratus tentera mereka. Manakala saki baki tentera AS yang lain, akan mula keluar dari Afghanistan pada akhir bulan Ogos.

Sumber: Asvaka

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×