Anak kepada Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden mencuri perhatian apabila mendedahkan kutipan duit rayanya tahun ini mencecah belasan ribu ringgit.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jebat Jayden Tunjuk Skill MMA, Johan Ghazali Puji – ‘Asah Teknik Confirm Padu Nanti’

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Luah Rasa Bangga, Jefri Nichol Sifatkan Jebat Jayden Anak Saudara Kesayangan

Duit raya RM18,000

Menerusi video yang dikongsikan Rosix Omar di Instagram Story, Jebat dilihat sedang asyik mengira duit raya bersama ibunya, Noor Nabila.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan ramai adalah jumlah keseluruhan duit raya yang berjaya dikumpul oleh Jebat adalah sebanyak RM18,369.

Selain wang tunai yang mencecah belasan ribu ringgit, Jebat juga dilihat menerima beberapa keping jongkong emas (gold bar) sebagai hadiah raya.

Antara jongkong emas tersebut adalah daripada Poh Kong (Bunga Raya) seberat 10 gram dan 1 gram, PAMP Suisse (10 gram) dan Tomei (1 gram).

Difahamkan, duit raya dan jongkong emas itu merupakan pemberian daripada ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan terdekat.

Sumber: Instagram Rosix Omar