Bintang terkenal Indonesia, Jefri Nichol mendedahkan sisinya yang tidak ramai ketahui apabila sedang dilamun cinta.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Berbual Lebih 12 Jam Dengan Jefri Nichol

Artikel Berkaitan: Buah Tangan Sempena Ramadan, Ameera Khan Hadiahkan Telekung Untuk Ibu Jefri Nichol – ‘Semoga Bawa Kedamaian Buat Aunty Sekeluarga’

Suka ‘sleep-call’

@iam.jefrinicholfans yah jd ketauan dh bg ? #jefrinichol ? son original – lolurnotjefrinichol

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jefri tidak gemar untuk berhubung dengan orang tersayang melalui mesej.

Saya lebih suka berhubung melalui call.

Kalau mesej, saya tidak suka.

Video call kalau perlu saja. Contoh, kalau ingin tahu seseorang itu berada di mana.

Dalam pada itu, kekasih kepada personaliti popular, Ameera Khan akui lebih lena tidur dengan ‘sleep-call’.

Harus sleep call.

Lebih tenang tidurnya.

Sekadar info, hubungan Jefri dan Ameera kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu apabila kini dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Sumber: TikTok @iam.jefrinicholfans