berita

[VIDEO] #JemimahChallenge Trending Di TikTok, Penyanyi Malaysia Pun Sahut Cabaran. Power!

January 26th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Baru-baru ini, lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal kumpulan Ungu sekali lagi menjadi trending apabila salah seorang peserta Indonesia Idol iaitu Jemimah menyampaikan lagu tersebut dengan susunan muzik yang baru dan vokalnya juga mantap!

Susulan itu, di platform TikTok rata-rata pengguna mula mencetuskan #JemimahChallenge sehingga cabaran ini mendapat perhatian ramai. Termasuk juga penyanyi-penyanyi di Malaysia yang turut sahut cabaran tersebut. Jom tengok!

Versi Ismail Izzani

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada Datin Suliza Salam iaitu Ismail Izzani. Penyanyi lagu Luar Biasa ini juga menyertai cabaran #JemimahChallenge tetapi diselit sedikit dengan jenaka di pengakhiran video untuk menghiburkan pengikutnya.

Ernie Zakri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Usah dipertikaikan lagi kematangan vokal nyanyian Ernie Zakri. Beri apa sahaja lagu, sudah tentu mampu dibawa dengan baik. Sekali buka mulut, penyanyi Ku Bersuara ini pasti membuat pendengar terpegun. Power!

Dina Nadzir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dina Nadzir (@dinanadzir)

Sudah agak lama kita tidak mendengar suara nyanyian dari Dina Nadzir. Di dalam kesibukan dengan kerjayanya sebagai penyampai radio ERA, dia juga tidak mahu ketinggalan dengan menyahut #JemimahChallenge ini. Rindu nak dengar Dina menyanyi…

Lan Solo

Ini rare! Sambil baring pun Lan Solo mampu menyampaikan lagu Cinta Dala Hati ini dengan baik. Apatah lagi ditemani dengan anak-anaknya. Memang sempoilah!

Aina Abdul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Bakat nyanyian pada Aina Abdul usah dipertikaikan lagi. Tidak dinafikan, dia antara penyanyi wanita di Malaysia yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Siapakah antara mereka semua ini yang paling power dalam menyahut cabaran #JemimahChallenge?

Persembahan penuh Jemimah

Persembahan Cinta Dalam Hati oleh Jemimah di pentas Indonesia Idol Special Season sangat memukau. Persembahan dan kekuatan vokalnya itu telah mendapat pujian dari semua juri termasuk Ari Lasso, Anang Hermansyah, Rossa, Judika, dan Maia Estianty.

Sumber: Indonesia Idol, Instagram

SKIP THIS AD ×