Kes kemalangan jalan raya di Malaysia semakin membimbangkan. Namun bagi sesiapa yang terlibat dengan kemalangan seharusnya perlu ada sifat tanggungjawab dan tidak lari dari kesalahan. Menerusi Twitter, Hadriyudin Baharudin berkongsi satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis Mitshubishi Lancer yang melanggar lari sebuah motosikal yang ditunggang warga emas. Tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak bertanggungjawab telah membuat orang ramai berang.
Langgar lari depan Aeon Setiawangsa
WUA 7780 langgar lari depan Aeon setiawangsa. Kita viralkan sebab fdah langgar orang tua pastu lari. pic.twitter.com/jOTJ1rXn1J
— Hadriyudin Baharudin (@hadriyudin) March 5, 2020
Menurut sumber, kejadian berlaku berhadapan dengan pusat membeli-belah Aeon Setiawangsa. Semasa kejadian kereta berkenaan dilihat menghimpit motosikal yang berada di lorong kanan jalan. Orang ramai yang berada di tempat kejadian lantas memberi pertolongan kepada mangsa.
Sila bertanggungjawab
Kos rawatan mangsa di klinik berhampiran juga dikatakan memakan kos sebanyak RM100. Selain itu, motosikal yang ditunggang mangsa turut tersadai di bahu jalan kerana mengalami kerosakan selepas kemalangan. Sumber berharap agar si pelaku tampil dan berjumpa dengan mangsa untuk bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku.
Maklumat terkini si pelaku
Sumber: Hadriyudin Baharudin