![[VIDEO] Jika Solat Fardhu Belum Qada, Kita Tak Boleh Lakukan Solat Tarawih? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus](https://media.ohbulan.com/2025/02/ustaz-azhar-solat-qada-1.jpg)

Solat sunat tarawih merupakan ibadah yang dilakukan hanya pada bulan Ramadan. Namun terdapat persoalan sama ada seseorang muslim itu boleh atau tidak melaksanakan solat tarawih meskipun solat fardhu masih belum qada.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Berpuasa Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bilakah Waktu Sah Untuk Niat Puasa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan Ustaz
@ustaz.azhar.idrus Solat Fardhu Belum Qada, Tak Boleh Solat Terawikh? @Ustaz Azhar Idrus Official @UAITUBE MY #puasa #ramadhan #ramadan #ustazazhar #uaioriginal #kuliahonline #ustazazharidrus #uai #ustazazharidrusofficial #ustaz
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hutang adalah perkara yang wajib dibayar terutama dengan Allah SWT, malah empat mazhab di dalam Islam menegaskan tentang perkara tersebut.
Apabila kita berhutang dengan seseorang, Nabi Muhammad SAW sunatkan kita bayar lebih atau beri hadiah. Contoh kawan bagi pinjam RM1,000 kita bayar RM1,050 atau beri buah mangga kepadanya.
Tetapi tidak bolehlah kalau kita beri hadiah, hutang pula belum diselesaikan. Orang akan marah.
Begitu juga bagi orang yang tidak qada solat, hutang itu wajib dibayar. Yang qada tak buat tetapi solat tarawih.
Hutang kepada Allah lebih mustahak untuk dibayar terlebih dahulu. Ijmak keempat-empat mazhab, wajib qada.
Dua pendapat

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar juga menerangkan tentang dua pendapat berkenaan permasalahan tersebut.
Pendapat pertama mengatakan, selama kita tidak qada solat maka haram melakukan solat sunat. Itu adalah betul kerana ada sandarannya, malah ada ucapan ulamak yang berfatwa sedemikian.
Pendapat yang kedua pula, mudah-mudahan menjadi rahmat bagi kita iaitu kita lakukan kedua-duanya. Sambil kita qada, sambil kita lakukan yang sunat.
Siapa yang nak buat tarawih silakan, tetapi perbanyakkan qada solat fardhu.
Sumber: TikTok Ustaz Azhar Idrus





![[VIDEO] ‘Oksigen Di Singapura & Malaysia Juga Datang Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/syahgan1.jpg)


