berita

Video : JinnyBoy TV Lancarkan Filem Pendek Terbaru, “Unfold”

July 12th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Mula dikenali dengan video pendek berjudul “My Generasi” dan kemudian video mengenai masyarakat Malaysia berjudul “Only In Malaysia”, JinnyBoy kini melangkah setapak lagi dengan sebuah filem pendek terbaru, “Unfold”.

Kali ini, JinnyBoy lari dari tema video-videonya sebelum ini dengan mengarahkan filem pendek yang mempunyai kisah percintaan yang mengelirukan diantara 2 sahabat. Biasa terjadi dikalangan masyarakat, OHBULAN! pasti anda sendiri pernah melalui pengalaman seperti ini bukan?

Dilancarkan 4 hari lepas, video berdurasi 11.24 minit ini kini telah mencapait lebih 100,000 ribu jumlah tontonan. Apa yang pasti, Jin Lim & Reuben Kang sememangnya mempunyai bakat dan mampu memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. Jom tonton filem pendek, “Unfold”, selepas ini!

SKIP THIS AD ×