berita

[VIDEO] Joging, Lepak Santai Atas Jambatan, 54 Individu Kena Kompaun

June 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat berkumpul dan berjoging, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun di Jambatan Raja Muda Nala Klang gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP)  berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

54 individu kena kompaun RM2,000

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihak polis melakukan tinjauan di jambatan berkenaan kerana terdapat aduan daripada orang awam berhubung dengan aktiviti beriadah dilakukan

Tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletakkan kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.

Jelasnya lagi, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap orang kerana telah melanggar SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan.

Kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang berada di lokasi aduan, bantuan turut diberikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor.

Walau bagaimanapun, jambatan berkenaan dikatakan telah ditutup  namun masih ada lagi beberapa individu yang melakukan aktiviti seperti berjoging dan melepak di lokasi berkenaan.

Video penuh :

Sumber : Sinar Harian & redzuanNewsMPB

SKIP THIS AD ×