Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mendedahkan bukan dirinya sahaja sering mendapat perhatian warganet, malah kekasihnya Queena Khan juga menjadi tumpuan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Dedah Harga Jam Tangan Johan Ghazali Hampir RM100k Seutas – ‘Semenjak Dapat Bonus, Saya Nampak Dia Banyak Buat Pembelian’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’

Kekasih Johan

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Johan atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, memuat naik kenyataan daripada salah seorang pengikutnya.

Menurut individu tersebut, dia amat meminati teman wanita Johan kerana kejelitaannya.

Tolong sampaikan dekat Quenna, saya suka tengok dia, cantik gila. Saya peminat nombor satu dia.

Johan kemudian mengakui terkejut apabila Quenna mempunyai ramai peminat malah mereka pernah meminta untuk bergambar dengannya.

Quenna pun ada peminat tau. Hari tu aku jalan-jalan dengan dia, aku terkejut tiba-tiba ada orang minta nak bergambar dengan Quenna.

Orang tu tak minta bergambar dengan aku pun.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet senang melihat keserasian pasangan tersebut dan memuji kecantikan serta keperibadian Queena.

Sumber: TikTok