berita

[VIDEO] Jom Layan 5 Cover Medley Lagu Final #AJL34, Suara Azmi Bikin Meremang!

February 3rd, 2020 | by Amat
Video Popular

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 makin terasa dan kita bakal menonton persembahan bertemakan ‘Warna-Warna Suara’ pada 9 Februari 2020 ini. Sepastinya ramai peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan anugerah berprestij itu.

Malah, ada yang mengambil peluang untuk menyanyikan 12 lagu finalis #AJL34 ini sebagai cover. Kami kongsikan kepada anda 5 cover lagu #AJL34 terbaik yang boleh anda saksikan.

Versi Adam Malek, Yuka Kharisma & Azmi Saat

Jika pada AJL33 kumpulan Caliph Buskers diketuai Azmi Saat ini telah membuat cover yang mendapat perhatian ramai pendengar. Kali ini pula, Azmi Saat tampil bersama Adam Malek dan Yuka Kharisma mengharmonikan 12 lagu final AJL34 dengan merdu sekali.

Versi Team Pagi Suria

Team Pagi Suria juga tampil dengan cover lagu AJL43 yang didendangkan oleh penyampai radio Ajak, Fizi Ali dan Issey. Video ini telah dihasilkan dengan kerjasama Suria FM dan Project X Production telah mencapat 125ribu tontonan di laman Youtube.

Edisi Live Jam

Edisi Live Jam juga tidak terlepas peluang untuk membuat cover 12 lagu AJL34. Kesemua lagu cover ini telah dinyanyikan oleh Apex Tajudin, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Lebih menarik lagu, di dalam pilihan cover mereka ini terdapat juga lagu juara dari Juara Lagu yang lalu, bukan fokus kepada AJL34 je!

Amir Masdi ft. Sharul Kamal

Kedua-dua penyanyi kelahiran program realiti Astro iaitu Amir Masdi dan Sharul Kamal turut membuat cover AJL34. Video medley nyanyian dari mereka ini telah mendapat lebih 36ribu tontonan di Youtube. Muzik untuk kesemua cover yang dilakukan ini telah digubah oleh kumpulan Drama Band dimana kumpulan ini juga merupakan finalis di AJL34.

Medley Khodi ft. OJkustik

Tidak kurangnya juga dengan penyanyi Youtube iaitu Khodi ft. OJkustik dengan nyanyian suara merdu mendendangkan 12 buah karya lagu AJL34. Meskipun, belum meraih tontonan yang tinggi di laman Youtube itu, namun, suara dan gubahan muzik untuk medley ini boleh dilayan! Memang merdu suara dia.

Jadi, buat anda semua, jangan lupa untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-34 pada 9 Februari 2020 dan akan bersiaran secara langsung di TV3 jam 9.00 malam.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×